PUNCA JERAWAT DAN CARA RAWATAN JERAWAT DAN PARUT JERAWAT MENGGUNAKAN KAEDAH LASER? BERKESANKAH?
PUNCA JERAWAT DAN CARA RAWATAN JERAWAT DAN PARUT JERAWAT MENGGUNAKAN KAEDAH LASER? BERKESANKAH?
Jerawat perlu dirawat dari awal untuk mengurangkan risiko jadi parut berlubang dan parut hitam.
Sebab-sebab terjadinya
jerawat
a) Jerawat
terjadi akibat daripada
b) Peningkatan
penghasilan sebum
Apabila mencapai umur
remaja, hormon androgen yang tinggi akan mengaktifkan pengeluaran sebum iaitu
minyak pada kulit.
c) Penghasilan
sel-sel kulit berlebihan secara tidak terkawal oleh sel keratinosit di dalam
folikel kulit dan menyebabkan liang-liang pori tersumbat.
d) Pertumbuhan
bakteria semakin bertambah kerana keadaan sangat sesuai untuk pembiakannya.
e) Bakteria
akan menyebabkan radang (inflamasi) pada kulit
Punca-punca jerawat
Jerawat
berpunca daripada:
a) Hormon
yang tidak stabil
b) Tekanan
(stress)
c) Keturunan
d) Persekitaran
yang tidak bersih
e) Penggunaan
produk penjagaan muka yang tidak sesuai
Langkah-langkah untuk
mengurangkan jerawat
1)
Menggunakan pencuci muka yang sesuai
a) Memilih produk pencuci muka yang rendah pH
Lapisan luar kulit iaitu “stratum corneum” mempunyai pH berasid di
sekitar 4.1-5.8. Kenapa kulit sedikit berasid? Tujuan asid adalah untuk
mengelakkan kulit dari jangkitan bakteria, kulat dan juga untuk menjaga
struktur kulit dari cepat rosak. Oleh itu produk pencuci muka sepatutnya
menghampiri pH kulit.
b)
Menggunakan pencuci muka mengandungi AHA dan BHA
Pesakit
dinasihatkan agar menggunakan pencuci muka yang ada sedikit bahan penggelupasan
seperti AHA dan BHA untuk membantu mempercepatkan penyembuhan jerawat.
c) Elakkan pencuci muka yang beralkali
Apabila kita menggunakan produk yang tinggi ph (alkali), struktur
kulit akan terganggu dan mudah terkena jangkitan kuman, jerawat, kulit akan
jadi kasar, kering dan berkerutu. Potassium hydroxide adalah contoh bahan
beralkali yang patut dielakkan dalam pencuci muka dan produk kecantikan muka.
d)
Elakkan Sodium laureth sulphate dan sodium lauryl sulphate (SLS/ SLES)
Sodium
laureth sulphate dan sodium lauryl sulphate juga adalah salah satu bahan yang
patut dielakkan di dalam penjagaan kulit seharian. SLS/SLES akan merosakkan
struktur kulit dan menyebabkan jerawat.
e)
Elakkan paraben
Paraben
adalah salah satu bahan yang wajib dielakkan dalam produk penjagaan kulit.
Contoh paraben seperti “methyl paraben” boleh menyebabkan kerosakan kulit
menerusi “oxidative stress” dan boleh menyebabkan kulit menjadi merah dan
gatal.
f)
Elakkan produk yang mengandungi bahan “Comedogenic”
“Comedogenic”
adalah bahan yang boleh menyebabkan pori-pori muka tersumbat dan merangsang
pembentukan jerawat. Oleh itu produk pencuci muka yang ada bahan comedogenic
seperti sodium laureth sulphate, myristic acid, stearic acid, palmitic acid dan
lauric acid hendaklah dielakkan.
g)
Elakkan produk yang mengandungi bahan perangsang kulat iaitu “fungal acne
trigger”
Contoh
bahan yang ada “fungal acne trigger” adalah seperti myristic acid, stearic
acid, lauric acid dan palmitic acid. Pesakit jerawat tidak digalakkan
menggunakan pencuci muka dan pelembap yang mengandungi bahan-bahan tersebut.
2)
Mengelakkan solekan (make-up) sepanjang rawatan
Pesakit
wanita tidak digalakkan untuk memakai sebarang alat solek (make-up) seperti
bedak dan foundation. Jika terpaksa bersolek, pastikan muka dicuci sebersihnya
dari kesan solekan sebelum tidur dan span dan berus yang digunakan dicuci
dengan bersih. Elakkan menggunakan span yang lembap yang disimpan di dalam
bekas untuk mengelakkan jangkitan bakteria. Elakkan menggunakan bahan solekan
yang mengandungi paraben, SLS dan bersifat “non-comedogenic”.
3)
Jaga pemakanan
Sesetengah
makanan sebenarnya ada kaitan dengan masalah jerawat. Makanan yang mengandungi karbohidrat
yang tinggi indeks glisemik boleh menyebabkan jerawat. Jadi elakkan mengambil
nasi dalam kuantiti yang banyak, roti, coklat, makanan manis, air manis, kuih,
pencuci mulut dan makanan segera.
Produk
tenusu seperti susu juga dikatakan berisiko untuk ganggu hormon dan seterusnya
menyebabkan jerawat.
Makanan
berkacang juga berisiko untuk naik jerawat. Elakkan makanan yang mengandungi
kacang seperti kacang tanah.
Makanan
seperti budu, belacan dan ikan pekasam juga boleh menyebabkan jerawat untuk
orang yang alahan kepada makanan tersebut. Oleh itu, pesakit dinasihatkan untuk
mengelakkan makanan tersebut untuk mempercepatkan penyembuhan jerawat.
Pesakit
dinasihatkan untuk mengambil sayur-sayuran dan buah-buahan untuk meningkatkan
sistem pertahanan badan. Pengambilan vitamin c amat digalakkan untuk
mempercepatkan penyembuhan jerawat.
4)
Mengambil probiotik
Pengambilan
probiotik sangat digalakkan untuk merawat masalah jerawat. Probiotik jenis
PROGUTT sangat bagus kerana mengandungi banyak bakteria baik yang akan menjaga
usus.
5)
Dilarang sentuh jerawat
Anda
dilarang sama sekali untuk memicit jerawat kerana ini akan meninggalkan kesan
parut hitam dan juga berlubang /berlekuk.
Rawatan jerawat
Tujuan
utama rawatan jerawat adalah mengurangkan penghasilan minyak pada muka, merawat
pori-pori muka daripada tersumbat dan mengurangkan radang dan jerawat bernanah
pada muka.
1)
Membuat rawatan “chemical peeling”
Penghasilan
minyak yang berlebihan pada muka boleh dikawal dengan melakukan rawatan
penggelupasan kimia (chemical peeling). Biasanya rawatan chemical peel dengan
cecair BHA atau AHA digunakan untuk merawat jerawat yang aktif. Rawatan ini
sangat membantu untuk merawat kulit berminyak dan membantu membersihkan
pori-pori muka dari tersumbat. Kulit biasanya akan menggelupas sedikit selepas
rawatan dilakukan. Rawatan chemical peel hendaklah dilakukan di klinik dan
dikendalikan oleh doktor yang bertauliah dalam bidang kecantikan estetik.
2)
Mengambil antibiotik
Pesakit
biasanya akan diberikan antibiotik telan dan juga krim antibiotik sapu untuk
membantu mengurangkan masalah jerawat pada muka. Rawatan antibiotik biasanya
mengambil masa selama 6 bulan. Pesakit dinasihatkan untuk bersabar kerana
masalah jerawat memerlukan masa yang agak lama untuk sembuh.
3)
Laser jerawat
Rawatan
laser untuk merawat jerawat?
Rawatan laser
untuk jerawat tidak menyakitkan dan selamat. Namun begitu, bukan semua kaedah
laser sesuai dengan kulit. Doktor estetik akan melihat wajah pesakit sebelum
menetukan kaedah laser yang sesuai mengikut masalah kulit. Rawatan laser
ACCELERA atau laser long pulsed Q-Switched Nd: YAG sangat sesuai untuk
melemahkan bakteria dan kulat yang menyebabkan jerawat. Rawatan laser juga
sangat sesuai untuk individu yang mengalami masalah kulit berminyak, masalah
liang pori terbuka , “Rosacea” dan “fungal acne”. Rawatan laser hendaklah
dibuat setiap 2 minggu untuk membunuh kuman disamping untuk mengecilkan
pori-pori, mengurangkan parut merah akibat jerawat dan merawat kulit berminyak.
Rawatan laser ini juga mengurangkan bulu-bulu pada muka. Pastikan anda berjumpa dengan doktor estetik yang ada LCP yang telah mendapat kelulusan dari Kementerian Kesihatan Malaysia.
Rawatan
laser yang sesuai untuk parut berlubang atau berlekuk pula adalah laser CO2 dan
Erbium Yag. Kedua-dua laser ini akan menghakis lapisan kulit yang berparut dan
merangsang kolagen untuk menjadikan parut berlubang semakin pudar, mengecilkan
pori-pori pada muka dan membantu menegangkan kulit. Laser erbium lebih selamat
berbanding rawatan CO2 laser dari segi “downtime” dan kesan sampingan.
Bagi
pesakit yang mengalami masalah parut hitam akibat jerawat, rawatan terbaik
adalah laser Nd: YAG Q-Switched. Laser ini juga boleh merawat jeragat dan kulit
kusam. Pesakit dinasihatkan memakai pencuci muka, pelembap dan pelindung
matahari yang tidak menyebabkan jerawat yang berasaskan air atau tanpa minyak.
Anda boleh follow blog DR.NOR AZLINA BINTI HASSAN (DR.LYNA) dari KLINIK PRIMER NILAM PURI untuk mengetahui lebih lanjut mengenai info-info kesihatan.
Comments
Post a Comment