KUTIL
KUTIL MENGANGGU PENAMPILAN SESEORANG Apa itu kutil? Adakah anda perasan terdapat isi daging terlebih pada bahagian wajah atau leher anda? Anda mungkin keliru samada ia adalah ketuat atau ketumbuhan yang menakutkan? Jangan risau. Kutil ialah sejenis ketumbuhan pada kulit yang tidak merbahaya dan ianya terhasil di kawasan seperti leher, ketiak, celah kelangkang. Ada juga yang berlaku di bahagian muka. Kutil pada kawasan leher dan ketiak boleh menyebabkan sesetengah individu rasa tidak selesa seperti gatal dan sakit sekiranya bergeser dengan baju. Kehadiran kutil pada wajah dan leher boleh menjejaskan penampilan seseorang individu dan menjadikan individu tersebut kurang yakin untuk bersosial. Punca kutil? Kutil boleh terjadi akibat dari keturunan (genetik), gemuk, masalah pada insulin iaitu “insulin resistance” dan juga penyakit kencing manis. Rawatan kutil Rawatan kutil yang terbaik adalah dengan menggunakan kaedah laser. Ramai yang ti...